Kenapa iPhone Panas Bila Dicas

Korg patut charge phone korg bila bateri tinggal 0

korg tak patut biarkan cas semalaman, dan korg kena charge dlm phone korg dlm keadaan Airplane. 

Sejujurnya, brp byk yg korg dgr tips, dan brp byk yg korg percaya seterusnya praktikkan benda tu? Byk tips dkt luar sana berkenaan dgn pengecasan iphone. 

1) Biarkan iphone dicas semalaman adalah tidak bagus untuk iphone. Benda ni paling classis dari zaman berzaman lah. Bkn setakat zaman smartphone yg fully touch screen ni saje, dari phone yg ada keypad lg. senang cerita, kebanyakan, aku highlight, kebanyakan peranti yg moden mcm smartphone, laptop atau tablet mahupun smartwatch, tak akan overload sebab kebanyakan peranti skrg dah cukup bijak untuk tahu bila battery kita dh full dan akan stop charging selepas tu. 

In fact, kalau korg tgh cas phone korg tgh mlm, korg terjaga, belum trntu phone korg dh full loaded sbb mungkin korg perasan tahap pengecasan battery tu dh pun di optimise kan. Iphone korg kalau dh recognise routine korg yg biasa cas overnight, sebagai cth korg selalu bgn tido pukul 6.30, kemungkinan phone korg hanya di cas pada taraf 80% sebelum 6.30 dan akan fully charged pada saat sebelum korg bgn tido. 

So ini bermakna bukan setakat phone korg fully charged, tp ini bermakna phone korg bkn lah rapidly charging battery tu, dia akan dicas dgn beransur ansur sampai penuh yg bermaksud bagus untuk battery health sesebuah iphone tu. Tp make sure korg dh enable kan ciri ni dalam settings korg. Pegi ke settings, battery, battery health dan make sure dah enable kan ciri optimised battery charging. Dekat situ pun korg boleh nampak battery health iphone korg.

2) Korg tak sepatutnya cas iphone korg bawah bantal. Baik yg ni ada betulnya, tp mungkin bukan mcm yg korg pikirkan apa sbbnya. So kita try letak tepi dulu isu radio active yg berlegar kt kepala korg sepanjang mlm tu. Proses pengecasan battery sesebuah smartphone akan generate haba. Bukan la haba yg cukup untuk menyebabkan kebakaran, tapi kalau benda tu berlaku, korg akan dapat result phone korg memanas. So pemanasan adalah adalah tak bagus untuk modern lithium ion battery, dan boleh menyebabkan kerosakan yg permanent. 

Dan ini adalah antara sbb kenapa korg tk boleh biarkan iphone korg terdedah pada cahaya matahari dan kalau phone korg berada pada suhu yg sgt panas, iphone korg akan bg warning dh. Walaupun bila korg letak iphone korg bwh bantal semalaman waktu cas tk sepanas waktu kena cahaya matahari, tp kalau dibiarkan berterusan, sgt lah tk bagus untuk kesihatan sesebuah battery smartphone dan dijamin akan memendekkan jangka hayat batteri iphone korg tu. Senang cite, jgn biar phone korg terlalu panas lah terutama dibawah cahaya matahari.

3) Cable yg korg guna tak penting. Haa yg ni tak betul. Technically, semua jenis kepala plug atau cable boleh cas iphone korg. Tapi ada juga benda yang sesuatu tu tk boleh buat sesuatu. Fhm tk? Ok mcm ni, ada beberapa benda yg korg perlukan dia untuk mencapai sesuatu standard walaupun korg kena byr lebih. Tp ni bukan bermakna korg perlu beli cable dari apple saja, yela apple pun cas dia premium mat. Tp korg patut elakkan dari menggunakan charger dari 3rd party yg aku boleh claim kt sini, yelah charger fake, melainkan charger yg korg gunakan tu adalah daripada company2 besar dan ada sijil MFI. 

Mfi tu adalah made for iphone dan itu adalah lesen dari apple untuk segala jenis aksesori yg bagus untuk produk apple tp bkn dari apple. So produk yg ada mfi ni biasanya akan dibenarkan untuk menggunakan logo2 dari apple, dan untuk charging aksesori yg ada logo2 tu, bermakna cable atau kepala cas tu sesuai untuk power iphone korg tanpa menyebabkan iphone korg overcharge. Tp kalau boleh, beli terus yg original la senang.

 

4) Korg perlu cabut dari cas sebelum iphone korg fully charged, so ini adalah salah satu mitos dan bkn lah sbb yg popular untuk zaman skrg ni. Semuanya disebabkan jenis bateri yg digunakan skrg. So, lithium ion battery, jenis yg digunakan untuk smartphone moden, adalah direka untuk charging dan disharging yg boleh korg adapt sebagai pengguna. Selagi mana korg follow tips2 yg aku bg td, korg boleh biarkan phone korg ni fully charged ataupun kalau nk keluar kjP, tgk2 bateri tinggal 90%, nk cas bg 100 pun no problem.

5) Korg patut cas dlm keadaan mode airplane. Yeahhh benda ni tk betul dan benda ni pun bkn lah salah. Ahaaa! Cth, cas dlm keadaan mode airplane lebih laju dari phone yg dlm keadaan biasa. Benda ni bkn segalanya salah. Ok mcm ni, airplane mode biasanya akan matikan segala fungsi connection. So tkde wifi, cellular connection. Benda ni bkn lah boostkan voltage charging tu, tp charging power tu tk terganggu dgn penggunaan kuasa yg lain. Andai katalah korg nk lg cpt naik battery, off terus phone korg. Haa lg laju. Sbb walaupun phone korg airplane, tetap ada penggunaan kuasa kt iphone tu. Penggunaan kuasa kt skrin, penggunaan kuasa untuk background process, semua tu lah! Tp andai kata lah korg still gunakan phone tp tk guna byk power kt iphone tu, cthnya bkk apps2 biasa tp kjp2 la still laju je. Jgn lak korg main game pastu komplen bateri naik lmbt. Haha

6) Battery pun ada memori. So ini adalah salah satu kepercayaan mcm yg kes iphone jgn bg cas sampai penuh td tu. Benda ni khurafat untuk battery moden mcm lithium ion type ni. Tmbh khurafat bila ada org smaakan battery memory dgn battery health. Salah tu. Battery health ni kesihatan battery tu. Sebagai cth, battery health iphone aku 80%, dan masa 100% aku selalu dpt 10 jam penggunaan, so masa 80% ni aku cuma dpt 8 jam penggunaan lah. Haa mcm tu. So berkenaan usia battery health ni, syg nya, adalah proses yg normal brother. Seberapa hati2 pun kita, benda ni tetap akan terjadi. Korg boleh feel sendiri, saat korg pakai phone tu masa korg baru je beli, dan selepas 5-6 bulan penggunaan. Mesti akan rasa sikit2. Jalan dia, tukau battery atau tukau je phone kalau korg terasa nk tukau la. Haha

7) Korg patut gunakan iphone korg dlm keadaan sentiasa low power mode. Ahaa satu lg mitos my brother dan aku boleh ckp benda ni salah. Korg tk perlu pun 24 jam pakai low power mode. Low power mode ni lebih tepat lg adalah di mana ianya akan switch iphone korg kepada mode yg betul2 jaga penggunaan kuasa iphone korg. Menurut apple sendiri, low power mode ni akan mengurangkan atau disable terus segala fungsi yg ada dlm gmbr ni. So boleh jimat sikitlah battery. Korg mungkin ok je kalau 24 jam guna airplane, tp sebenarnya, features2 tu lah yg menyebabkan experience dkt iphone ni sgt best so rugi la beli mahal2 tp semua features tu off haha. 

Low power mode ni sebenarnya ciri dimana iphone korg dijimatkan kuasa2 terakhir yg ada pada bateri sbb tu lah biasanya korg akan dpt rekemen bila korg punya bateri dh pegi 20% ke bawah. So korg bole la pakai lama sikit drpd sebelumnya sebelum iphone korg pejam mata. Sbb tu bila iphone korg dh cas sampai 80%, ciri ni akan automatik di offkan. Nmpk tk perspektif apple? Diorg sendiri tknk sarankan korg guna low power mode ni 24 jam.

8) Korg boleh jimat batteri dgn tutup apps yg korg pakai. Pun mitos jgk. Di mana korg percaya yg kalau korg biarkan apps tu running tanpa force close apps tu, ianya akan memakan bateri korg. Secara logiknye, iphone direka untuk multi tasking. Dan iphone sgt bagus untuk biarkan apps2 ni semua dijalankan secara background dlm keadaan yg sgt menggunakan kuasa yg byk. Dan pada asasnya, apps tu semua bkn la running dlm keadaan yg sama saat korg gunakan apps tu. So background apps yg still running ni, cthnye kalau korg bertukar ke apps lain, dia masih dlm keadaan di mana seperti yg mcm korg pakai td, korg rasa mcm apps ni sentiasa running dan menyebabkan makin kurg power dkt battery tu.

9) Korg tak patut gunakan iphone korg semasa iphone korg charging. Hmmmm aku percaya benda ni dulu dan sebenarnya, pun mitos 🥲 ok cite dia mcm ni. Waktu phone korg cas, lebih2 lg yg jenis fast charging, fast charging tu bg stress dkt phone dgn battery korg. So kalau waktu cas korg guna iphone korg tu, kebanyakan phone akan secara automatik pegi ke low power charge mode untuk bg korg guna iphone korg tu sewaktu ianya dicas. Korg boleh je guna phone korg waktu cas, tk bg risiko atau kerosakan pada bateri cuma korg akan dpt rasa yg bateri iphone korg tu lembab ah nk naik percentage dia tu.

10) Fast charging boleh rosakkan battery. Adehh ha yg ni confirm mitos. Tk guna company2 ni semua cipta fast charging kalau ada yg berpikir fast charge ni boleh rosakkan battery. Iphone2 yg latest ni semua pada asasnya adalah sebuah komputer mini yg sgt powerful dan saban tahun, kemampuan iphone jd semakin powerful. Pengguna akan rasa happy ah bila dpt device yg powerful, jangka hayat bateri yg lama, so pengilang pun akan cri jln lg mcm mana nk bg pengguna rasa lebih happy lg. termasuklah sewaktu ciri fast charging dikenalkan. Kalau korg boleh dpt bateri iphone korg dicas daripada 0% ke 80% dlm masa 10 minit, kapasiti bateri tu mungkin bkn 1 isu lah untuk korg kan? Korg boleh cas kjp je pastu guna je iphone korg tu tanpa fikirkan iphone korg boleh drain dgn cpt sbb apa? Sbb nk cas pun cpt. Tp taklah selaju tu iphone korg boleh cas. Tk sehebat phone2 lain yg ada masa skrg ni. 

Sebagai contoh, 13 pro max boleh charge up to 27 watts dgn charger yg compatible, di mana 13 pro boleh dicas dari kosong sehingga full dlm masa 90 minit, laju la jgk, tp nk dubandingkan dgn phone android mcm phone vivo iqoo 7 yg ada features 120 watts charging yg boleh dpt kosong sampai full dlm hanya 18 minit sahaja. Gila bhaii. So dri situ korg akan perasan dimana Apple sgt berhati2 dlm buat fast chrging ni. Slowly but surely org putih ckp. Dgn fast charging ni, sesebuah phone tu akan secara automatik terima kuasa pengecasan dlm beberapa fasa, fasa pertama, phone akan dicas dlm voltage yg tinggi, dimana kuasa pengecasan akan bg sedikit stress dkt battery untuk fast charge, dan kemudian pada baki yg tinggal, phone akan dicas secara fasa perlahan lahan untuk mengurangkan stress pada batery. Dia akan bg proses yg selamat dan baik untuk bateri tu. So jgn risau ye. Fast charging features ni tkkan rosakkan battery iphone korg.

So, itulah dia, 10 tips battery iphone yg ada diantaranya mitos dan ada antaranya yg fakta. Kesimpulannya, bila korg dh beli sesebuah device tu, itu adalah device korg. Terpulang pada korg sendiri sama mcm mana cara korg nk gunakan benda tu. Sentiasa percaya, yg iphone korg cukup smart untuk tahu cara penggunaan korg sbb itu lah kita panggil dia SMARTPHONE ye dakk? Cuba korg komen apa pendapat korg. Sehingga kita berjumpa lg geng. Assalamualaikum wbt dan chow

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/theapple/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427