Beza iPhone vs Android Phone – #CeritaGadgets

Sebelum anda membeli IPhone, ketahui terlebih dahulu apa kelebihan IPhone berbanding Android. Masalah terbesar apabila anda tiada sebarang ilmu mengenai IPhone, kami di The Apple Studio percaya anda bakal ditipu oleh penjual. Kami perincikan 5 kelebihan Iphone berbanding Android yang anda perlu tahu. Jom ketahui lanjut dengan teruskan bacaan artikel ini.

 

  1. Iphone terbukti dengan kepantasan dan lancar

 

Secara umumnya, Iphone adalah satu peranti mudah alih yang pantas dan lancar dalam kecenderungan untuk bekerja dengan lebih sempurna serta beberapa peranti Apple. Sementara itu, ia berbeza dengan android. Peranti yang menggunakan OEM

 

 

  1. Ciri keselamatan Iphone berbanding Android

 

Google Play Store sentiasa ‘update’ aplikasi terbaharu dengan secara konsisten. Ini memastikan peranti sentiasa dalam keadaan selamat. Termasuklah sand box, two step verification, Google Play Protect, dan banyak lagi. Dengan penambah baikan ini juga berjaya mendidik pengguna sentiasa selamat. Semua faktor diatas telah menjadikan Iphone selamat daripada sebarang aktiviti pencerobohan ‘hackers’.

 

  1. Produk Apple (Iphone)  mempunyai nilai jualan semula yang tinggi berbanding Android.

 

Apple mempunyai  segi nilai jualan semula tinggi, seperti Iphone, Ipad, dan produk lain. Ia bermakna, anda dapat menjualnya dengan pantas kerana Iphone adalah produk yang popular yang sentiasa dicari pengguna.  Berbeza pula, jika  dibandingkan dengan  peranti android.

 

 

  1. Iphone sangat mudah digunakan berbanding Android

 

Rata-rata peminat Apple menyukai kesederhanaan sistem pengendalian mereka, dan boleh dikatakan salah satu perkara yang iOS lakukan lebih baik daripada Android. Tidak banyak kepada IPhone, dan itu adalah sebahagian daripada daya tarikan.  Dengan mempunyai home page yang tidak terlalu sarat, anda boleh susun atur icon mengikut kehendak sendiri berbeza dengan android. Ia menggelirukan pengguna  sedikit dengan susun atur peletakan ikon, setting dan tidak sesuai dengan semua orang.

 

  1. Ekosistem

 

Antara kelebihan yang terpenting dalam Iphone adalah ekosistemnya. Ia satu-satunya yang bantu memudahkan pengguna perantinya untuk memuat turun aplikasi yang ada di Apple Store. Sebagai contohnya ialah Icloud, iMessages, dan  apple  watch.

 

Bercakap mengenai kedai aplikasi, Apple App Store jauh lebih baik disusun dan lebih baik daripada Google Play Store yang ada pada pengguna peranti android.

 

Justeru itu, inilah 5 kelebihan Iphone berbanding Android yang anda patut tahu jika benar-benar peminat Iphone.

 

Sekarang kita lihat pula, apa perbezaan Iphone New dan Iphone second. Apakah yang membuatnya ramai pengguna tercari-cari dengan keduanya.

 

Iphone NEW

 

Umum sudah mengetahui, bahawa Iphone NEW mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan. 

 

 

Cara untuk periksa  warranty Iphone :

 

Untuk memastikan Iphone tersebut benar-benar Original dan masih baharu, bukan setakat melihat paparan siri nombor pada badannya. Sebaliknya anda perlu periksa ke website Apple sendiri.

 

  1. Terus layari laman  website Apple dengan klik >  https://checkcoverage.apple.com/

 

  1. Ambil siri nombor pada kotak.

 

  1. Pergi ke Setting – General – About .

 

  1. Paparan akan menunjukkan warranty belum diaktifkan, jika Iphone tersebut masih belum digunakan. Ternyata ia adalah Iphone New ( baharu ).

 

Cara kenali Iphone Second

 

  • Biasanya warranty telah habis atau sedang berjalan ( telah diaktifkan oleh pengguna lama ). Jadi, anda tidak perlu lagi mendaftar.

 

  • Mana-mana smartphone, jika telah digunakan walaupun sehari ia tetap dipanggil second hand.

 

  • Anda juga boleh memeriksa ‘Calling Time’ bagi mengetahui sama ada Iphone tersebut second hand atau pun tidak.
    1. Pergi ke Setting – Mobile / cellular / – Call Time – Life Time. Jika hasil menunjukkan kosong ( menandakan tiada panggilan pernah dibuat ), makai ia Iphone Second hand.

 

 

 

Buat pengetahuan peminat Iphone, warranty daripada Apple Malaysia hanya 1 tahun sahaja yang diberikan. Dan, hanya negara ASEAN sahaja  boleh menambah warranty yang dikenakan caj tambahan.  Baca lagi : perbezaan antara IPhone second hand dan IPhone baharu!

 

 

Semoga dengan kupasan artikel ‘5 Kelebihan Iphone berbanding Android’ dapat membuka minda anda sebagai  bakal pembeli Iphone diluar sana. Jadilah bakal pembeli Iphone yang berilmu.

 

 

 

Selain daripada itu, The Apple Studio  turut menawarkan pembayaran secara ansuran mudah melalui atome, myIOU.  Selepas ini, boleh dikatakan semua penduduk di Malaysia pengguna peranti Iphone. Percayalah bila anda sudah memiliki  satu produk daripada Apple, kami percaya  satu hari nanti mesti anda akan menambah lagi produk apple lain pula seperti Ipad, Mac, Apple Watch, dan Ipod.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/theapple/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427