Berbaloi Ke Dari iPhone 13 Tukar Kepada iPhone 14?

Membazir Je! Berbaloi Ke Dari iPhone 13 Tukar Kepada iPhone 14?

 

Pemegang kepada carta nombor satu smartphone paling eksklusif dan canggih di masa ini pastinya gadjet-gadjet keluaran Apple Inc. Bila keluar sahaja model jenama iPhone baru, pasti ramai yang teruja untuk cuba hendak pakai. Yang tidak sampai setahun pakai iPhone 13 pun sibuk mahu tukar darI iPhone 13 kepada iPhone 14. Hurmm… tetapi berbaloi ke sebenarnya?

 

  1. Cip pemprosesan baru tidak semua model iPhone 14 ada

Fuh, iPhone 14 bakal menggunakan cip pemprosesan baru iaitu A16 Bionic mengantikan cip lama A15 Bionic daripada tahun 2021 untuk iphone 13. Bila kita dengar sahaja benda ini memang satu sahaja yang terlintas di fikiran, iPhone kali ini memang berbeza betullah dari yang lepas. 

Tetapi nanti dulu, cip A16 Bionic ini hanya boleh dinikmati oleh pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Manakala baki dua lagi model iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih mengekalkan cip A15 Bionic yang lama. 

Jadi fikirkan jika anda mahu merasai perbezaan pakai iPhone 14, anda perlu bayar lebih untuk mendapatkan varian Pro atau Pro Max yang mempunyai harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Bagi kami, iPhone 13 masih releven dipakai untuk beberapa tahun akan datang oleh kerana ia menggunakan cip A15 Bionic sama seperti iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

 

  1. Beza spesifikasi iPhone sangat minimum

Dari segi spesifikasi antara iPhone 13 dan iPhone 14, ianya tidak banyak beza. Namun harganya berbeza ratusan ringgit untuk setiap GB. Berikut adalah harga iPhone 13:

  • iPhone 13 128GB : RM3,899
  • iPhone 13 256GB : RM4,399
  • iPhone 14 512GB : RM5,299

Ini pula adalah harga iPhone 14:

  • iPhone 14 128GB : RM4,199
  • iPhone 14 256GB : RM4,699
  • iPhone 14 512GB : RM5,699

Dengan beberapa kelebihan baru pada iPhone 14 yang dipasang seperti mempunyai 1 teras GPU tambahan, Photonic Engine untuk gambar malam, rakaman cinematic 4K HDR pada 30fps, High Dynamic Range Gyro, High-g Akselerometer, dan dual ambient light sensor, ianya masih belum dikategorikan sebagai berbaloi untuk anda tukar dari iPhone 13 kepada iPhone 14.

 

  1. Gambar 48MP tetapi kualiti macam 12MP

Dari 12MP kini menjadi 48 MP! Wah, 4 kali ganda perubahan yang berani diaplikasikan oleh Apple dalam iphone 14. Tetapi adakah ia benar-benar memberikan kualiti dan pengalaman yang setanding?

Adanya features baru seperti Photonic Engine mampu untuk memperkasakan smartphone ini. Ditambah sensor kamera juga 65% lebih besar berbanding iPhone 13. Walau begitu, kamera utama iPhone 14 masih mengambil 12MP menerusi ciri pelakuran piksel seperti smartphone Android yang lain. 

 

  1. Dynamic Island buat orang menyampah

Ucapkan selamat tinggal kepada notch yang besar di skrin, iPhone 14 tampil dengan pill and hole dan Dynamic Island. Dynamic Island khususnya akan menjadi penanda aras terkini bagi keluaran iPhone akan datang 

Dynamic Island adalah fungsi unik yang memaparkan gelembung notifikasi. Ia akan mengelembung setiap kali mesej masuk, panggilan masuk, navigasi, atau sebagainya. Pembaharuan yang unik ini juga menyebabkan sesetengah pengguna berasa agak jangal dan merasakan ia tidak memberi nilai tambah sedikit pun kepada iPhone 14.

Jadi wajarlah sekiranya ada pengguna yang menjual kembali iPhone 14 dan bertukar kepada model lama. Sekali lagi Apple hanya menawarkan fungsi ini bagi varian Pro sahaja. 

Bagi pengguna Android yang ingin rasa pengalaman seperti pakai Dynamic Island di smarphone ada, banyak sebenarnya hari ini aplikasi percuma di Google Play Store yang menyediakannya seperti aplikasi Dynamic Spot. 

 

  1. Bukan pertama yang guna isyarat satelit untuk pengesan kemalangan dan hantar mesej SOS

Pengesan kemalangan dan SOS satelit memang berguna dalam sebuah peranti baru sehebat iPhone 14 ini. Tambahan lagi ia menggunakan High Dynamic Range Gyro dan High-g Akselerometer. Ini memampukan ia mengesan pergerakan yang berubah secara mendadak dan segera menghubungi pihak berkenaan untuk berkongsi lokasi. 

Manakala fungsi SOS satelit pula membantu anda disaat kecemasan bila mana tiada talian rangkaian untuk mohon bantuan. SOS satelit akan menghantar mesej melalui mana-mana sambungan satelit di seluruh pelosok dunia. Ops, tetapi bukan kita yang duduk di Malaysia ini yang boleh guna fungsi tersebut! 

Ia hanya tersedia untuk pengguna yang berada di Amerika Syarikat. Sebelumya lagi, Huawei Mate 50 sudah lama memperkenalkan ciri ini sejak beberapa bulan yang lalu. 

 

  1. Tambah baik GPU

iPhone 14 dilengkapi dengan 6 Core GPU berbanding pphone 13 hanya sebanyak 5 Core GPU. Sedikit naik taraf membolehkan pengguna membuat kerja-kerja seperti bermain game, atau mengedit video dengan lebih lancar dan kurang lagging. 

  1. Bateri tahan lama

Apple klaim ketahanan bateri iPhone 14 Pro dan Pro Max adalah lebih dari 29 jam. Namun pengguna yang telah menggunakannya yakin ianya hanya tahan sejam berbanding iphone 13. 

Sekiranya anda seorang heavy user, wajar peratus bateri akan lebih cepat berkurang berbanding pengguna biasa.

 

  1. Port pengecasan bukan port USB C

Satu lagi sebab mengapa tidak berbaloiidari iPhone 13 tukar kepada iphone 14 adalah kerana port pengecasannya masih sama dan tidak berpindah ke port USB C. Sungguhpun ramai yang tidak mengeluh dengan perkara ini, dan ianya pun tidak memberikan masalah kepada pengguna yang menggunakan ke semua ekosistem Apple bermula dari smartphone, laptop/komputer, earpod, dan sebagainya. 

Namun, ianya mungkin menjadi sedikit masalah kepada mereka yang menggunakan ekosistem campuran serentak seperti Android dan iOS, atau Windows dan iOS. Port USB C hari ini lebih praktikal untuk digunakan dimana-mana.

Ulasan ini hanya sekadar pandangan dari kami. Berbaloi atau tidak anda berpindah dari iPhone 13 tukar kepada iPhone 14, ianya berbalik semula kepada anda. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/theapple/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427