Cara check iPhone Original atau fake
Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Kembali lagi bersama dgn aku, BUMP dgn video kita kali ini, cara2 untuk tahu sama ada iphone kita ni original atau pun tak. Jadi dalam segment ni kita akan go through beberapa method yg korg sendiri boleh pakai untuk check iphone korg ni ori atau fake. Korg boleh pakai method ni waktu korg nk beli phone yg secondhand ataupun drpd tgn org.
1) Benda pertama yg kita patut tgk adalah kebanyakan produk Apple diorg akan ada serial number dan apa yg patut kita buat adalah amik serial number tu dan check dkt dlm Apple website.
Untuk buat benda tu, mudah je, korg masuk ke dlm settings, terus pegi ke general, dlm tu pegi ke about, dan korg akan jumpa serial number kt situ. Tekan dan hold dkt situ untuk copy serial number and skrg masuk ke web browser korg, search je apple serial number lookup. Nnt korg akan jumpa direct link dari apple sendiri dan korg click je kt situ. Dh masuk nnt dia akan mntk serial number.
Masukkan code yg tertera untuk verification, tekan continue. Dan korg akan nampak phone korg kt dlm tu andainya phone tu original. Make sure phone yg keluar tu adalah sama model dia dgn phone yg korg nk check tu ya. Kalau kata model yg keluar tu lain dari phone yg kau nk check, dari situ kau dh boleh tau yg phone tu sememangnya fake. So itulah method pertama yg ringkas untuk lookup serial number sesebuah iphone.
2) Cara kedua adalah cuba korg buka apps store. Apa yg kita boleh tau dekat sini adalah iphone fake dkt luar sana tidak menggunakan apps store. Kalau ada pun itu cumalah icon semata mata. Sbb appstore adalah apps yg spesifik untuk produk apple sahaja. Andai kata apps store itu fake, korg yg dh biasa guna iphone akan nmpk kelainan dkt situ.
Display yg dipaparkan dlm apps store tu akan lebih ke arah google play store. Kalau korg yg first time nk pakai iphone boleh tgk tips ni. Cara simple je. Tekan dkt icon brother yg ada dkt atas ni, make sure korg boleh sign in menggunakan apple id korg, atau cara lain dia korg masuk balik ke settings dan atas tu dkt bahagian icloud, make sure korg boleh sign in jgk menggunakan apple id. Kalau kt situ korg tk boleh sign in, atau tkde lgsg option untuk sign in, 100% iphone korg tu fake.
3) Next method is, korg kena tengok sama ada Iphone tu ada tak default apps dari apple. Semua produk apple akan ada apps2 dia yg default, dh mmg sedia ada dlm iphone. Cthnya mcm apps store yg aku sebutkan td, facetime, calendar, mail, photos. Yg dh biasa dgn iphone tu akan tau mcm mana interface apps dlm iphone ni. Yg tk biasa lg aku sarankan korg try tgk kt kwn2 korg yg ada iphone. Tk lupa jgk dlm iphone kita akan jumpa utilities yg mana dlm tu ada apps voice memos, compass, measure dan calculator. Make sure default apps ni ada dlm folder utilities ya.
4) Cara seterusnya adalah, siri. Yes, siri ni adalah voice assistant untuk kebanyakan produk apple dan cara untuk turn on kan siri dlm ios 16.2 skrg ni adalah tekan dan hold power button. Korg akan notice logo siri akan pop up dkt situ. Kalau untuk ios yg lama2, once kau tekan dia akan pegi ke black screen dan ada siri assistant dkt situ. Dan dgn cara ni lorg boleh tau iphone korg ni original atau pun tak.
Itu sahaja tips mudah untuk org yg nk beli iphone especially kpd yg baru nk pakai iphone untuk pertama kalinya. Follow Youtube Magista Studio untuk iphone review dan tips.