Kenapa bateri iPhone cepat habis?
ada customer kami dari kajang hantar iphone X masalah battery cepat habis. Beliau bercadang untuk tukar battery iphone X ni , katanya
“ kalau cas tu kejap je dah penuh 100%, bila guna 2-3 jam dah habis. lagi2 kalau guna Waze masa driving & masa main game, Cepat sangat battery iphone ni drain”
Stress nya
OK kami akan ajar cara untuk buat diagnos terlebih dahulu. Anda boleh check di bahagian Setting > Battery Health.
Di bahagian Battery Health ni ada info tentang condition battery iphone korang. Sama ada perlu service atau tidak. Juga anda dapat baca tahap performance iphone anda sama ada ok atau tidak.
Rupa rupanya capacity battery beliau sudah bawah 70% dan tidak lagi mampu untuk bertahan lama. Kami suggest untuk membuat penukaran battery dan keadaan kembali normal seperti sedia kala
Bila perlu tukar bateri iphone?
Berapa peratus bateri iphone perlu ditukar? Ini adalah soalan popular ditanya oleh para pelanggan kami.
Pertama jika battery health sudah bawah 70% . Ke dua jika sudah tertera perkataan SERVICE. Maksudnya anda perlu membuat penukaran battery baru.
Proses tukar battery mengambil masa 30 minit sahaja untuk model iphone 4- iphone X. Manakala utk model iphone XR, XS series, 11 series & 12 series. Proses mengambil masa 1-2 hari kerana memerlukan skill technical yang tinggi untuk solder ribbon connector
Gambar di bawah Ini adalah iphone 6 customer kami dari Nilai. Technician terkejut semasa hendak buka battery secara tiba tiba battery mula terbakar dan mengaluarkan asap. Hampir sahaja terkena bahagian motherboard CPU dan total lost. Tetapi technician kami berjaya menyelamatkan keadaan.
Whatsapp kami jika ada sebarang pertanyaan 01158533715
3 Punca Bateri iPhone Kembung & Cepat Habis
1) Selalu OVER CHARGE. Ini adalah masalah besar. survey yang kami jalankan 8/10 iphone user akan cas phone waktu tidur malam dan off bila dan bangun pagi. Jika kerap anda melakukan over charge ini battery capacity akan cepat drop dari 100%.
Worse case scenario: phone akan rosak u2ic atau power ic (Motherboard issue) dah kena repair harga ratus ratus. Tak ke koyak mcm tu?
2) Charge dalam kereta . Lebih lebih lagi banyak barang gadget yang fake tiada kelulusan SIRIM kerana fake charger tidak mempunyai safety features seperti kurang ic yang menjaga power eletrik dari masuk dgn volt yang tinggi.
Worse case scenario: Bateri iPhone akan cepat kembung dan boleh mengakibatkan kerosakan pada lcd pula. Maka kos repair akan berganda
3) Fake Cable & Charger – tak dinafikan banyak brand2 cable yg dijual dipasaran sekarang dengan harga murah. Cable yang murah biasanya kurang safety features dan juga kurang dari segi ketahanan
Adalah lebih selamat jika anda menggunakan cable yg certified by Apple (MFI) yang tahan lebih lama dan juga dapat MENGELAKKAN iphone anda cepat rosak.
Contoh brand UGREEN yang ada certified MFI . Harga berpatutan dan kualiti sangat bagus.
sya beli second hand iphone 11 dan battery health 82% sekarang turun 78% dan ada perkataan SERVICE perlu ka saya tukar battery ? berapa harga tukar battery utk iphone 11 ya ?
kalau tak rosak tak perlu tukar